pantun orang tua2 yang penuh syahdu aty tulis hari ini untuk kawan-kawan tersayang di GIANT, COLDSTORAGE, MERCATO, CARREFOUR, BINTANG n TESCO kerana esok aty sudah pergi selamanya.
Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang kurang itu datangnya daripada kelemahan aty sendiri. terima kasih di atas kebaikan anda semua yang tetap abadi untuk aty.
Rasanya tidak perlulah aty terangkan dengan panjang lebar kenapa, mengapa dan ke mana aty akan pergi. kerana aty tidak mampu dan tidak akan menjawabnya. cuma aty terkilan kerna tidak dapat menghabiskan kerja aty di saat-saat akhir ini. aty minta maaf banyak2.
Bila tiba waktunya terima sesiapapun seadanya kerana yang datang di tempat aty akan lebih baik dari aty. Berilah tunjuk ajar kepada mereka sebaik mungkin kerana itulah qada dan qadarNya.
tatkala tinta ini kehabisan dakwatnya, aty sudah pergi selama-lamanya (sambil mengambil kain yang buruk di dalam poket untuk mengesat si air mata) membawa memori suka duka bersama sebagai bekalan perjuangan di hari esok selagi hayat di kandung badan.
Semoga bila tibanya mentari esok kita akan sama-sama berjaya di dalam bidang masing-masing. untuk kawan-kawan aty tersayang, bekerjalah dengan seikhlas hati kerana Allah s.w.t. insyallah. ta-ta.
pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati
~ 08/04/2011
KERJA BARU
aduh penat giler. 10am - 10pm tu... ;(
~18/04/2011
ish! aty nape nie??
ReplyDeleteHi dik farah, kak t tukar kerja ;(. doa2kan ya. tq
ReplyDelete